Friday 15 July 2016

Pada 12 - 14 Julai 2016 yang lepas, pihak sekolah telah menghantar 40 pelajar bagi mewakili unit uniform masing-masing untuk Kem Gabungan Perkhemahan Negeri Selangor di Pusat Kokurikulum Negeri Selangor, Sungai Sireh Tanjung Karang Selangor.

Beberapa program menarik yang telah dijalankan antaranya ialah acara berbasikal, tikar magik, kitten crawl, dragon ball, cari magik dan ikatan. Tahniah kepada pelajar yang telah mendapat pujian dari para jurulatih diatas kerjasama yang baik tanpa masalah disiplin. Tidak lupa juga para guru yang memberi komitmen menjaga kebajikan dan keselamatan pelajar sepanjang program berlangsung disana. Tahniah!

















Pada 15 Julai 2016, Unit Hal Ehwal Murid (HEM) telah menganjurkan Sambutan hari Guru Peringkat Sekolah dengan meriahnya. Setiap kelas dipertanggungjawabkan untuk menghias kelas dan memilih menu sendiri bagi membangkitkan mood raya mengikut citarasa masing-masing. Pada Hari tersebut, para pelajar dibenarkan untuk memakai baju raya masing-masing. Alunan lagu raya dipasang melalui pembesar suara dan didengari semua warga SAM Rawang menambahkan lagi seri sambutan raya.

SELAMAT HARI RAYA!






























Friday 1 July 2016

Ramadan hampir ke penghujungnya, pihak Badan Dakwah dan kerohanian (BADAR) telah mengadakan Majlis penutupanan Ihya' Ramadan 2016 pada 30 Jun 2016 di Dewan Umar Abdul Aziz, SAM Rawang. Acara dimulakan dengan bacaan Yasin dan ceramah bertajuk 'Lailatul Qadr Vs Persiapan Raya'. 

Dalam majlis ini juga diadakan penyampaian bantuan 'Masih Ada Yang Sayang' dan Asnaf. Alhamdulillah dan terima kasih diucapkan kepada penyumbang -penyumbang sumbangan yang terdiri daripada individu perseorangan, guru-guru dan PIBG. Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik semua. 

Diharapkan kepada semua warga SAM Rawang dapat meneruskan amalan-amalan baik yang telah dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan agar dapat diteruskan di bulan-bulan yang lain.

Disini Lahirnya Ulama' dan Umara'.



















Terkini

Hari Anugerah Kecemerlangan (HAK 2016) akan diadakan pada 10 April 2016.












CARIAN ID YES