Saturday, 2 April 2016

Program masih Ada Yang Sayang atau singkatannya MAY'S adalah salah satu program anjuran unit kebajikan Hal Ehwal Murid. Program ini diuruskan oleh Pn Haslina bt Harun yang merupakan setiausaha unit kebajikan. Program ini dilancarkan pada 29 Februari 2016 di Dewan Umar Abdul Aziz oleh Tn Hj Mohd Nor bin Ismail, pengetua SAM Rawang.

Sasaran program ini adalah pelajar-pelajar dari tingkatan 1 hingga 5 yang kurang berkemampuan. Sumber kewangan adalah dari sumbangan guru-guru, individu dan syarikat korporat. Setakat ini sejumlah 62 pelajar yang terpilih untuk dibantu dan jumlah ini akan bertambah sekiranya ada pertambahan penaja.

Antara objektif program ini ialah : 
1) Membantu pelajar meringankan bebanan dari segi kewangan.
2) Melahirkan warga SAM Rawang yang prihatin dengan masalah pelajar.
3) Mengeratkan hubungan silaturrahim.

Kepada individu atau syarikat korporat yang ingin menyumbang boleh berurusan dengan Pn Haslina bt Harun.

Program ini pada mulanya dicetuskan oleh allahyarhamah Pn Nurul Aduliena bt Adam pada tahun 2014 atas keprihatinan beliau terhadap permasalahan pelajar yang kurang berkemampuan dari segi kewangan. (Al-fatihah kepada beliau yang telah pulang ke rahmatullah pada 17 Mac 2016)




Related Posts:

  • MAJLIS PENUTUPAN IHYA' RAMADAN 2016 Ramadan hampir ke penghujungnya, pihak Badan Dakwah dan kerohanian (BADAR) telah mengadakan Majlis penutupanan Ihya' Ramadan 2016 pada 30 Jun 2016 di Dewan Umar Abdul Aziz, SAM Rawang. Acara dimulakan dengan bacaan Yasin dan… Read More
  • SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH 2016 Pada 15 Julai 2016, Unit Hal Ehwal Murid (HEM) telah menganjurkan Sambutan hari Guru Peringkat Sekolah dengan meriahnya. Setiap kelas dipertanggungjawabkan untuk menghias kelas dan memilih menu sendiri bagi membangkitkan moo… Read More
  • PROGRAM KEMASYARAKATAN - KELAB ULUL ALBAB. Pada 6 April 2016, Kelab Ulul Albab yang mana terdiri daripada pelajar-pelajar KKQ dari tingkatan 4 telah mengadakan Kem Bestari Solat di SK 1 Taman Selayang kepada murid-murid tahun 3. Program ini pertama kali diadakan … Read More
  • PELANCARAN MASIH ADA YANG SAYANG Program masih Ada Yang Sayang atau singkatannya MAY'S adalah salah satu program anjuran unit kebajikan Hal Ehwal Murid. Program ini diuruskan oleh Pn Haslina bt Harun yang merupakan setiausaha unit kebajikan. Program ini dil… Read More

Terkini

Hari Anugerah Kecemerlangan (HAK 2016) akan diadakan pada 10 April 2016.












CARIAN ID YES