Sunday 17 April 2016

Pihak Badan Dakwah dan Tarbiyyah SAM Rawang (BADAR) bergerak ke hadapan dengan merancang satu lagi program hebat iaitu Program Talaqqi Kitab Penawar Bagi Hati. Program ini dijangkakan akan dilaksanakan secara berkala setiap sabtu (pelajar asrama tidak pulang ke rumah) jam 9.00-10.45 pagi di Surau Darul Muttaqin.
Program ini yang diketuai oleh Us Muhammad Azman Bin Mohd Husin.

Dibawah adalah intipati program :
Minggu 1: 9 April 2016 
Program dimulakan dgn bacaan al-Fatihah oleh Pengerusi Majlis, kemudian pengajian kitab bermula dgn menerangkan berkenaan Kitab dan Pengarang Kitab Syeikh Abdul Qodir Bin Abdul Mutallib alMandili, tamat pada mukasurat 1 bahagian Muqaddimah, 
Kemudian menjawab satu soalan dan seterusnya membaca tahlil Arwah secara ringkas khusus buat nama2 yg dihajatkan.
Majlis ditutupi dengan bacaan Tasbih Kaffarah.


Minggu 2: 16 April 2016 
Liqo' bermula jam 3.30 dimulai dgn muqaddimah oleh Us Muhammad Azman Bin Mohd Husin serta bacaan Surah al-Fatihah bagi keberkatan majlis, 
Semua ahli mendengar kalam Taujihat dan Mau'izah berkenaan konsep Hablumminallah dan Hablimminannas, Perintah Solat dan Zakat, juga Iman dan Amalan soleh tidak boleh dipisahkan, penerangan bersumberkan alQuran dan asSunnah, alHamdulillah perjumpaan/liqo' berjalan lancar dan ditutupi pada jam 4.40pm dgn bacaan Tasbih Kaffarah.





Terkini

Hari Anugerah Kecemerlangan (HAK 2016) akan diadakan pada 10 April 2016.












CARIAN ID YES